Sunday, 27 January 2013
PAPAGO! M9
Software Features:
- Built-in 3D landmarks and 3D Buildings
- Junction Views
- Detailed Map Data
- Multi Navigation Mode: 2D/3D/Split Screen
- Auto Rotate
- Road Elevation Display
- i-Fly Touch Screen Interface
- Simulation Inside Tunnels
System Requirement
Supported O/S up to : Android 4.0
Handset Requirement: CPU 500Mhzor above
Flash 5MB above
Free Memory Space:
4GB & Above
Supported
Screen Resolution:
240 x 320
240 x 400
320 x 240
320 x 480
400 x 240
480 x 320
480 x 800
480 x 854
540 x 960
600 x 1024
800 x 480
800 x 1232
800 x 1280
854 x 480
960 x 540
1024 x 600
1280 x 752
1280 x 800
Compatible Mobile Model:
Htc Sensation ( O.S 4.0.3 ) - can run from external
Motorola Atrix ( O.S 2.3.6 ) - only run from internal
Motorola Razr ( O.S 2.3.6 ) - only run from internal
Samsung Note
Samsung Galaxy S
Samsung Galaxy S2
Samsung Galaxy Wonder
HTC Desire HD
HTC Desire Z
HTC Desire S
Samsung Galaxy Tab 7
Samsung Galaxy Tab 7 Plus
Samsung Galaxy Tab 8
Samsung Galaxy Tab 10
Google Nexus
Samsung Y
HTC Hero
Download
PAPAGO! M9 For Android - Software:
Download Part 1 :
Mediafire | FileSwap | Free Direct Link
Download Part 2 :
Mediafire | FileSwap | Free Direct Link
APK PAPAGO! M9 For Android - Alternative Crack V2
Download APK V2 :
Jumbofiles | Free Direct Link
Others APK Download if you have problem with APK Alternative V2
Download Papago m9 v1.01 APK :
Jumbofiles | Free Direct Link
Download Papago m9 APK :
Jumbofiles
Malaysia/Singapore Maps
Download Malaysia + Singapore Maps :
Mediafire | Jumbofiles | Free Direct Link
Map Update Sept 5, 2012 :
Mediafire | Jumbofiles | Free Direct Link
Map Update Oct 03, 2012 :
Mediafire | Free Direct Link
Map Update Nov 06, 2012 (with AES camera detection) :
Mediafire | Free Direct Link
Map Update Dec 05, 2012 :
Mediafire | RapidshareMap Update Jan 07, 2013 : new !
Mediafire | Rapidshare
To update map:
*Extract map update in Navisea/maps folder. Replace the old files.
Indonesia Maps
Download Indonesia Maps :
UFile
Map Update v2.28 :
Mediafire
Others country map can be found here .
For latest maps, you guy can take a look here : Click here for latest map (Have an account first to view the maps)
How to install Papago! M9 ?
1. Download all parts (PAPAGO! M9 For Android - Software) then extract to desktop will get
(NaviSEA).
2. Download Malaysia Map or other country map. Then extract and paste all the files to
NaviSEA/maps folder
3. Copy (NaviSEA) folder to your device internal storage (for android version
GingerBread 2.1/2.2/2.3).
Copy (NaviSEA) folder to your External SDCard (for Android version ICS 4.0.3)
3. Install (Navitotal! M9SEA.apk) from inside NaviSEA folder or from alternative crack v2 that you can
download from above by using file-explorer/Myfiles/Root Explorer or other!
4. Done!
For those who using 720 x 1280 pixels :
1. Download the organic files from links below to support your device resolution.
Download Organic files :
Mediafire | Jumbofiles | Free Direct Link
2. Extract it.
3. Copy everything in it and paste it in NaviSEA/Organic folder.
4. Papago M9 should support your device resolution now. Enjoy
Maher Zain - Forgive Me (2012)
192 kbps | 44 khz | MP3
Tracklist :
01 - I Love You So
02 - Number One For Me
03 - Mawlaya04 - My Little Girl
05 - Forgive Me
06 - One Big Family
07 - Assalamu Alayka
08 - Paradise
09 - Masha Allah
10 - Radhitu Billahi Rabba
11 - Freedom
12 - So Soon
13 - Muhammad (pbuh)
14 - Guide Me All The Way
15 - Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)
16 - Assalamu Alayka (Arabic Version - Bonus Track)
17 - Radhitu Billahi Rabba (Arabic Version - Bonus Track)
download <<<<<
Saturday, 14 July 2012
TAJUK PEMBENTANGAN KBKK
KUMPULAN PEMBENTANGAN
Tajuk : Kemahiran Generik : Kemahiran
Berfikir
Kod Kursus : BF2311D1
Unit : PPISMP Sem 2 (Bahasa
Melayu)
Bil
|
Kump
|
Nama
|
Tajuk
|
1.
|
K 1
|
1. _NOR SUZERA BTE ZAHARI
2. _SITI NAZUHA BTE OMAR
|
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
·
Definisi
·
Ciri-ciri
pemikiran kritis
·
Contoh
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
-
Membanding
dan membeza
-
Menggklasifikasi
/ Mengkategori
-
Meneliti
bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan
|
2.
|
K 2
|
1. _NURUL ADHA BTE GHAZALI
2. _NORHAFIZA BTE AHMAD
|
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
·
Definisi
·
Ciri-ciri
pemikiran kritis
·
Contoh
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
-
Menerangkan
sebab
-
Menentukan
sumber yang dipercayai
|
3.
|
K 3
|
1. _NIK SHANIAMIZAH BINTI NIK SHAFIE
2. _NORZAI SHAHIDA BINTI KAMARUDIN
|
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
·
Definisi
·
Ciri-ciri
pemikiran kritis
·
Contoh
Kemahiran Berfikir Secara Kritis
-
Membuat
ramalan
-
Mengusul
periksa andaian
-
Membuat
inferens
-
Membuar
urutan
-
Membuat
generalisasi
|
4.
|
K 4
|
1. _YUSSALLINA BINTI YUSOF
2. _NORHAIRIYATULHUDA BINTI MOHD ALI
|
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
·
Definisi
·
Ciri-ciri
pemikiran kreatif
·
Contoh
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
-
Menjana idea
-
Mencipta
analogi
-
Mencipta
metafora
|
5.
|
K 5
|
1. _SITI NOR AIN BINTI HASHIM
2. _FADZILAH BINTI ABD WAHAB
|
Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
·
Unsur-unsur
kreatif
·
Teknik mengembangkan
idea
-
Membesarkan
-
Mengecilkan
-
Terbalikkan
-
Susun semula
-
Kombinasi
-
Gantikan
-
Ubahsuaikan
-
Penggunaan
altenatif
-
Sesuaikan
|
6.
|
K 6
|
1. _ ABD RAHIM B. MOHAMED SAID
2. _ SHAIFUL RAFEUL B. SHAFFIE
|
Kemahiran Menyelesaikan Masalah
·
Definisi
·
Proses
membuat keputusan
·
Aplikasi
membuat keputusan
|
7.
|
K 7
|
1. _NURUL SULIZA BINTI HASHIM
2. _NOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD HUSSAIN
|
Pengurusan Grafik
·
Definisi
·
Tujuan-tujuan
menggunakan pengurusan grafik
·
Jenis-jenis
pengurusan grafik
|
8.
|
K 8
|
1. _AMRIL ZALHA BIN RAMLI MOHD YUNOS
2. _NURUL KAMILAH BINTI IDRIS
|
Peta Minda
·
Definisi
·
Ciri-ciri
peta minda
·
Kegunaan
pemetaan minda
|
9.
|
K 9
|
1. _ROBBYATUL KHAZEELAH MOHAMED KHAIR
2. _NORSAADAH BINTI LOKMAN
|
Soalan dan Penyoalan
·
Soalan
berdasarkan kata tangya
·
Soalan
bertumpu dan bercapah
·
Lingkaran
soalan
|
10.
|
K 10
|
1. _SYAMALAH GAYATHREE A/P VEERAN
2. _POOVANESWARI A/P SINNASAMY
|
Alat-alat CoRT I
·
PIM (Plus,
Minus, Interesting)
·
CAF (Consider
All Factors)
·
C&S
(Consequencen & Sequeis)
·
AGO (Aim,
Goals, Objectives)
|
K11
|
1. _VITHIYAH A/P MOHAN
2. _KANAGA LETCHUMY A/P KRISHNAN
|
Alat-alat CoRT I
·
FIP ( Fisr,
Important, Priorities)
·
APC
(Alternatives, Possibilities & Choices)
·
OPV (Oter,
People’s, View) Definisi
|
|
11.
|
K 12
|
1. _SURIALIKU BINTI KAMARUDIN
2. _FARHANA BINTI CHE JAAFAR @ MUSTAFA
|
Alat-alat CoRT IV
·
Ya, Tidak, Po
(Yes, No, Po)
·
Input Rawak
(Random Input)
·
Batu Loncatan
(Stepping Stone)
·
Mencabar
Konsep (Concep Challenge)
·
Mengasing
Kelemahan (Remove Defect)
|
K13
|
1. _PREMA LATHA A/P RAMASAMY
2. _KAVITHA A/ P BALAKRISHNA
|
Alat-alat CoRT IV
·
Mentafsir
Masalah (Define the Problem)
·
Keperluan
(Requirements)
·
Penilaian
(Evaluation)
·
Kombinasi
(Combination)
·
Idea Dominan
(Dominant Idea)
|
|
12.
|
K 14
|
1. _DINESWARI A/P PERUMALY
2. _TANALAKSHMI A/P SUKUMARAN
|
Refleksi dan
metakognetif
·
Definisi
·
Peranan
releksi dan metakognetif dalam pemikiran
·
Strategi
untuk meningkatkan refleksi dan metakognetif
|
Thursday, 12 July 2012
Wednesday, 11 July 2012
SASTERA LISAN
SASTERA LISAN (Rakyat)
Sastera
lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang
disampaikan secara lisan iaitu
dipertuturkan.
Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh
masyarakat Melayu,
disebarkan dan dituturkan daripada
satu generasi ke satu generasi secara lisan.
Masyarakat
Melayu yang
menghasilkan sastera lisan masih
bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang
masih mengamalkan
sistem sosial yang terikat dengan
semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta
tidak banyak hubungan
dengan masyarakat luar.
Sastera
lisan merupakan
hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa
Melayu. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau
secara dituturkan.
Sebab itulah sastera lisan ini tidak
diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah
ia dicipta. Sebagai
sastera yang tersebar secara lisan
sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian.
Tokok-tambah dan
penyesuaian dilakukan bagi
menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat.
Perubahan
masa dan zaman
membawa perubahan kepada corak
penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah
dibukukan, yakni ditulis.
Tradisi lisan yang mencirikan
karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk
bertulis.
Sungguhpun,
masyarakat
telah mengamalkan sistem tulisan,
namun tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap
merupakan sastera lisan
sekalipun telah menjadi bahan
tertulis.
Karya-karya
sastera
lisan yang telah dibukukan masih
mengekalkan ciri-ciri kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri
tersendiri. Pada masa kini,
kita boleh membaca cerita-cerita
rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak.
CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT
1. Penyebaran dan
pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan
kesusasteraan rakyat telah diterbitkan
dalam bentuk tulisan, namun asal
bahan tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih
mengekalkan ciri kelisanannya.
Ada juga hasil yang masih lagi
tersebar secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah
dibukukan.
2. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat
mesti hidup dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.
3. Wujud
dalam pelbagai versi. Oleh sebab
disebarkan secara lisan, unsur tokok-tambah tidak dapat dielakkan ,
sehinggakan apa-apa yang
dituturkan itu sudah menjadi satu
versi yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian
luarannya sahaja,
namun inti patinya tetap kekal.
4. Penciptanya
tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan
oleh sesiapa sahaja. Tidak ada
halangan dan had untuk dituturkan. Penutur kesusasteraan juga bebas
melakukan penambahan dan
pengurangan atau melakukan
penyesuaian jika mereka mahu. Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu
menyebabkan sudaj tidak
diketahui siapa penciptanya yang
sebenar.
5.
Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam
bentuk tokok-tambah oleh penutur dan
pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama masyarakatnya.
6.
Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik
bersama masyarakat secara tidak
langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan
falsafah hidup masyarakatnya.
Penyataan tersebut mungkin
dilahirkan secara terus terang atau secara tersirat.
7. Oleh
sebab kesusasteraan rakyat wujud dan
berkembang melalui media lisan, penutur biasanya tidak berkesempatan
menapis apa-apa
yang dituturkan ketika berhadapan
dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana dan
seadanya,terlalu
spontan dan kadangkala kelihatan
kasar.
8. Kesusasteraan
rakyat juga wujud dalam bentuk
tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara mempunyai struktur plot yang
sudah tetap seperti
plot sebelum mengembara, semasa
mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan.
Demikian juga cerita Sang
Kancil, biasanya mengandungi empat
motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan
cerita tentang asal
usul kepercayaan sesuatu masyarakat.
Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula
dan pola yang
tertentu.
9. Kesusasteraan
rakyat juga bersifat pralogis, iaitu
mempunyai logika yang tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan
logika umum. Oleh itu,
pandangan dan tanggapan masyarakat
lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan
rakyat sesuatu masyarakat.
10. Kesusasteraan
rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu masyarakat.
FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)
1. Sebagai “Alat” Hiburan
2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik.
Hasil-hasil
sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur
pengajaran dan pendidikan
moral kepada masyarakat
tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan,
yang sangat bergunasebagai
panduan ke arah kesejahteraan hidup
masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat
tamak, takbur,
sombong dan bongkak seperti mana
yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita
Binatang.
Melalui cerita-cerita
seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua
orang tua kerana
anak yang derhaka tidak akan selamat
hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita
roman,ditonjolkan sifat kesetiaan
kepada pemimpin, sikap dan amalan
gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat
dan keberkatan terutama
dalam mengujudkan sebuah masyarakat
yang harmoni dan sejahtera.
3. Sebagai “Alat” Mengkritik.
Cerita-cerita
lisan juga digunakan sebagai saluran
untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang
bangsawan. Misalnya
melalui cerita-cerita jenaka seperti
cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang
bersikap zalim, tamak,
pentingkan kuasa dengan mengenepikan
kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai
Malang, terselit
unsur-unsur sindiran terhadap orang
yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil
kesempatan atas
diri orang yang lemah semata-mata
untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri.
4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.
Sastera
lisan,terutamanya
hasil-hasil karya yang berbentuk
puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan
hajat. Misalnya dalam
adat perkahwinan, orang-orang Melayu
menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin
lelaki dengan
pihak pengantin perempuan. Pantun
digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika
majlis persandingan.
5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”.
Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu
dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.
JENIS SASTERA LISAN (RAKYAT)
Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk:
a. Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)
b. Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif)
a)
Sastera
lisan berbentuk cerita (naratif)
Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia terdiri
daripada cerita-cerita seperti berikut;
I. Cerita Lipur Lara (panglipur lara)
II. Cerita Jenaka
III.
Cerita
Binatang
IV. Cerita Asal usul
V. Cerita Hantu
VI. Cerita Teladan
Termasuk dalam penggolongan berbentuk cerita ialah cerita-cerita mitos dan legenda.
b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan
Naratif)
Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula
sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya;
I. Pantun
II. Gurindam
III.
Seloka
IV. Teka-teki dan Nyanyian Rakyat
V. Jampi, Mantera dan Serapah
VI. Pepatah dan Perbilangan Adat
VII. Ungkapan Berangkap
VIII. Peribahasa, Bidalan dan sebagainya.
Cerita Lipur Lara
Pantun
Cerita Jenaka Gurindam
Cerita Binatang
Seloka
Cerita Asal usul
Teka-teki
Cerita Hantu Nyanyian
rakyat
Cerita Teladan
Mentera, jampi dan serapah
Peribahasa
Bahasa beirama
Contoh:
Jenis
Pengertian
Karya dan Contoh
Cerita Binatang
Dikenali juga sebagai cerita mergastua. Cerita yang mengambil binatang sebagai pelaku. Binatang diberikan sifat manusia
biasa, boleh bertindak, bertutur, bertingkah laku dan hidup bermasyarakat.
Fungsi berhibur kerana
mempunyai unsur-unsur lucu, pengajaran dankritikan sosial. Cerita
terkenal ialah jenis ‘epik
binatang’ iaitu Hikayat Sang Kancil.
Mempunyai peranan tertentu dalam cerita binatang Melayu.
Contohnya
Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan
otak, kepintaran. Sang Kancil yang
kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan
buaya. Kepintaran
sang kancil dapat juga dikalahkan
oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi kesedaran kepada
masyarakat Melayu
supaya tidak sombong, angkuh dan
tolong-menolong antara satu sama lain.
PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG:-
Terdapat tiga peranan yang penting Sang Kancil di dalam cerita Binatang:
a. Sang Kancil mengalahkan
binatang yang besar:
1. Sang Kancil membuat tipu-helah untuk melepaskan dirinya dari
harimau.
2. Sang Kancil melepaskan kaki kerbau yang digigit buaya dengan
mengatakan yang digigitnya
ialah kayu.
3. Sang Kancil menipu buaya untuk menyeberang sungai.
4. Sang Kancil menipu harimau menyuruh memakai tali pinggang Nabi Sulaiman. Sebenarnya ialah ular.
5. Sang Kancil menipu harimau dengan menyuruh meniup buluh perindu Nabi Sulaiman. Akhirnya lidah harimau tersepit dicelah
batang-batang buluh yang bergeser.
6. Sang Kancil dengan buaya.
7. Sang Kancil dengan anjing, sang Kancil kena jerat oleh manusia dan menyatakan kepada anjing tidak hendak kahwin dengan
anak gadisnya.
8. Sang Kancil menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau adalah santapan Raja Nabi Sulaiman.
9. Sang Kancil menipu harimau menyuruh harimau memukul sarang tebuan. Sarang tebuan itu ialah gong Nabi Sulaiman.
Ini
menunjukkan Sang Kancil boleh
menggunakan otaknya untuk melepaskan
diri dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan
kiasan kepada
rakyat jelata supaya menggunakan
otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat sesuatu.
Jika
dilihat dari segi fizikal,
manalah Kancil yang kecil dapat
mengalahkan binatang besar. Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang
Kancil jika dibandingkan
manusia.
b. Sang Kancil memainkan peranan
sebagai hakim:
1. Sang Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang saudagar dengan bapa kanak-kanak. Perbalahan
ini berpunca dari kanak-kanak yang menjadi sihat kerana tercium masakan si kaya.
2. Sang Kancil telah mendamaikan pergaduhan antara kambing dengan harimau.
3. Sang Kancil telah
menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan
beliung. Dikatakan beliung habis
dimakan bubuk. Sang Kancil telah
melumurkan badannya dengan abu. Bila Nabi Sulaiman bertanya kenapa
begini, ia mengatakan
sewaktu hendak mandi sungai
terbakar. Dengan itu badannya penuh abu. Nabi Sulaiman tidak percaya
kata-kata si peminjam yang
mengatakan beliungnya dimakan bubuk.
4. Sang Kancil telah mendamaikan raja kera dengan raja gajah yang merebut kuasa.
5. sang kancil dapat menyelesaikan persengketaan dikalangan rakyat.
Dalam
bahagian ini bentuk
kritikan dan kias yang digunakan
berdasarkan perbuatan binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada
manusia supaya sedar akan
kelemahan yang sebenarnya. Mengapa
pula binatang yang kecil dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan
manusia adalah kejadian
yang paling istimewa daripada yang
lain.
c. Sang Kancil dikalahkan oleh
binatang kecil:
1. Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.
2. Sang Kancil dikalahkan oleh agas.
3. Sang Kancil dengan bangau.
Ini
adalah pengajaran moral
kepada masyarakat. Seseorang itu
walaupun mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak
sombong, lupa daratan,
seperti pepatah ‘Sepandai-pandai
tupai melompat akhirnyajatuh jua’. Ini merupakan kritikan, sindiran dan
berupa
kiasan kepada Kancil kepada mereka
yang kaya dan tinggi diri. Ada masanya sesekali akan tertipu juga.
Di Hasilkan Oleh:
HAJI MOHD EMBREY BIN HAJI MAHMUD
http://smsotutong.tripod.com/sastera_melayu/id3.html
Jenis
Pengertian
Karya dan Contoh
Cerita Binatang
Dikenali juga sebagai cerita mergastua. Cerita yang mengambil binatang sebagai pelaku. Binatang diberikan sifat manusia
biasa, boleh bertindak, bertutur, bertingkah laku dan hidup bermasyarakat.
Fungsi berhibur kerana
mempunyai unsur-unsur lucu, pengajaran dankritikan sosial. Cerita
terkenal ialah jenis ‘epik
binatang’ iaitu Hikayat Sang Kancil.
Mempunyai peranan tertentu dalam cerita binatang Melayu.
Subscribe to:
Posts (Atom)