Pages

Showing posts with label Tokoh Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Bahasa. Show all posts

Saturday, 3 March 2012

AWANG SARIYAN

Awang Sariyan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr. Awang Sariyan (lahir 20 Oktober 1953) adalah seorang ahli bahasa Malaysia yang terkenal dan yang telah banyak menulis rencana bimbingan bahasa Malaysia untuk pelajar, serta mengarang puluhan buku panduan bahasa, buku ilmiah, buku umum, dan kamus. Dalam seminar bahasanya, beliau sering membentangkan kertas kerja dan hasil penyelidikannya.

Beliau kini merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka mulai 1 Januari 2012 mengantikan Datuk Termuzi Abdul Aziz. [1] Dr. Awang telah dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura sejak 1992. Beliau menjadi Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Sebelumnya beliau ialah Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (2004-2006)dan Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (1999-2004).

Isi kandungan

 [sorokkan

Biografi ringkas

Dilahirkan di Kampung Rambah dan dibesarkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, Awang memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977. Ia beralih daripada bidang perguruan apabila dilantik menjadi Editor dan kemudian Ketua Editor di Far Eastern Publishers International pada tahun 1977. Pada tahun 1978, beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai editor Jurnal Dewan Bahasa dan kemudiannya dinaikkan pangkat sehingga Pegawai Penyelidik Kanan (Bahasa). Dalam tempoh 1986-1988 ia dipinjamkan ke Universiti Pertanian Malaysia sebagai pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan dan kemudian kembali ke DBP sebelum dilantik oleh Kementerian Pendidikan sebagai pensyarah dan kemudian Penolong Profesor Pusat Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (1988-1997).Awang juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Jabatan Pengajian Melayu, dan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dari 1978 hingga 2004, di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1977 hingga 1990-an, di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1984, beliau memperoleh ijazah Sarjana Sastera dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan kemudian memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah pendidikan bahasa dari universiti yang sama. Ia pernah juga berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam selama setahun.
Prof. Dr. Awang menyandang berbagai-bagai jawatan, termasuk:
Dari 16 November 1999 hingga 15 November 2004, Dr. Awang memegang jawatan sebagai Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, dengan kedudukan JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam). Dari 16 November 2004 beliau dilantik menjadi Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia. Sejak 12 Januari 2007 beliau dilantik pula sebagai Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Mulai Januari 2008, beliau dilantik menjadi Penyandang Pertama Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU), iaitu program kerjasama antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan BFSU.
Karya Awang meliputi puluhan buku ilmiah, buku umum, buku teks dan kamus, ratusan rencana ilmiah dan umum dalam pelbagai jurnal, majalah dan akhbar, serta melebihi 200 kertas kerja seminar di dalam dan di luar negara, antaranya Australia, Belanda, Brunei, Jerman, Kemboja, Korea, Perancis, Republik Rakyat China, Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. Sebahagian kertas kerja itu merupakan ucap utama, kertas kerja utama, syarahan dan kertas dasar.
Antara buku beliau:
  • Kesantunan Bahasa (Beijing Foreign Studies University, 2009)
  • Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku (PLM, 2009)
  • Falsafah dan Logika Melayu (Synergymate, 2007)
  • Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik (Sasbadi, 200D7)
  • Santun Berbahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007)
  • Tertib Mengarang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007)
  • Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006)
  • Tuntunan Bahasa (Pearson, 2006)
  • Ujana Minda, Jilid 1 dan II (editor) (Sasbadi, 2006)
  • Ceritera Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005)
  • Suara Pejuang Bahasa, editor bersama (Persatuan Linguistik Malaysa dan Dawama, 2005)
  • Hakikat Bahasa dan Realisasinya dalam Pembinaan Tamadun Bangsa (Persatuan Linguistik Malaysia, 2005)
  • Konsep Kesalahan Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003)
  • Kesinambungan Bahasa dalam Sastera Melayu (Fajar Bakti, 1986)
  • Isu-isu Bahasa Malaysia (Fajar Bakti, 1985) - Pemenang Hadiah Bahasa PLM-Public Bank 1985
  • Kunci Bahasa Malaysia (Sasbadi, 1985)
  • Bahasa Malaysia Tingkatan 3 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990)
  • Bahasa Malaysia Progresif Tingkatan 2 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988)
  • Bahasa Malaysia Progresif Tingkatan 2 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988)
  • Sejarah Malaysia Tingkatan 1 (Analekta, 1978)
  • Sejarah Malaysia Tingkatan 2 (Analekta, 1979)
  • Sejarah Malaysia Tingkatan 3 (Analekta, 1980)
  • Tatarakyat Tingkatan 4 (Analekta, 1979)
  • Tatarakyat Tingkatan 5(Analekta, 1980)
  • Kamus Bahasa Melayu KBSR (Fajar Bakti (1988, 1990)
  • Kamus Bahasa Malaysia, bersama Lutfi Abas (Pustaka Delta, 1987)
  • Belasan buku kecil/booklet dalam Siri Khazanah Bahasa (1980-an dan 1990-an)
  • Puluhan buku bimbingan peperiskaan Bahasa Melayu

Pencapaian di peringkat negara

Di peringkat negara, Dr. Awang menjadi:
  • anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, iaitu badan tertinggi bahasa yang dilantik oleh Menteri Pendidikan
  • anggota Jawatankuasa Bahasa Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
  • perunding di beberapa bahagian dalam Kementerian Pelajaran dan kementerian-kementerian yang lain, Dewan Bahasa dan Pustaka serta firma penerbitan;
  • pemeriksa luar tesis pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsaafah beberapa buah universiti seperti UKM, UM, UPSI, USM,UPM);
  • editor perunding Jurnal Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka;
  • hakim pelbagai pertandingan penulisan dan pengucapan awam; dan
  • penatar bahasa dan penulisan di pelbagai jabatan kerajaan, firma swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
  • penyampai syarahan perdana, ucap utama, kertas kerja utama, kertas dasar dan kertas kerja pelbagai persidangan dan seminar tentang bahasa, pendidikan, falsafah dan isu sosiobudaya.
Dari tahun 2000 hingga tahun 2008, Dr. Awang juga menjadi Presiden Persatuan Linguistik Malaysia dan aktif dalam gerakan perjuangan bahasa, selain menganjurkan kursus bahasa dan penulisan untuk golongan profesional dan menganjurkan seminar di dalam dan di luar negara, serta menerbitkan buku dan jurnal bahasa.
  • diiktiraf sebagai seorang daripada 100 orang siswazah UKM yang cemerlang sempena Perayaan 35 tahun UKM (2006)dan biodatanya diterbitkan dalam buku "Pengiktirafan Kecemerlangan/A Tribute to Excellence)yang dilancrkan oleh Canselor UKM, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
  • dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Bahasa oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris mulai Jun 2009)

Pencapaian di peringkat antarabangsa

Di peringkat serantau dan antarabangsa, Dr. Awang menjadi:
  • wakil negara dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia (MABBIM), dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM);
  • anggota Jawatankuasa Eksekutif MABM; dan
  • Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kegiatan MABM.
  • Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Franfkurt, Jerman (2006 dan 2007).
  • Profesor Tamu Pusat Pascasiswazah Jurusan Linguistik,Universiti Sumatera Utara, Medan, Indonesia (2006 dan 2007)
  • Penatar Kursus Sebutan Baku dan Tatabahasa kepada guru Bahasa Melayu Singapura (1992-2004)
  • Penyelenggara bersama beberapa program ilmiah bahasa dan persuratan Melayu seperti persidangan dan seminar (termasuk di Australia, di Belanda, di Jerman, di Perancis, di Korea, di Indonesia, di Thailand, di Kemboja, di Sri Lanka dan di Republik Rakyat China)
  • Pembentang kertas kerja utama, kertas kerja, syarahan dan panelis dalam seminar dan persidangan antarabangsa tentang bahasa dan pendidikan (yang diadakan di Australia,di Belanda, di Brunei Darussalam, di Indonesia, di Jerman, di Kemboja, di Korea, di Perancis, di Republik Rakyat China, di Singapura, di Sri Lanka, di Thailand)
  • Editor Perunding dan Penjulis Residen Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam.
  • Pemeriksa Luar Tesis Pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) National University of Singapore dan Nanyang Technological University of Singapore.
  • Menggerakkan program Kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Deakin University, Australia di Universiti Putra Malaysia (2005 dan 2006)
Sejak tahun 1992, Dr. Awang telah dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura dalam bidang pengajaran bahasa Melayu (sebutan dan tatabahasa)dan pada tahun 2001-2006 sebagai perunding projek penyediaan bahan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah Singapaura.
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP), Ensiklopedia Malaysiana, Ensiklopedia Wikipedia telah memasukkan biografi beliau sebagai ahli bahasa. Buku Penghargaan Kecemerlangan (A Tribute to Excellence) 35 Tahun UKM memasukkan biografi beliau sebagai salah seorang bekas pelajar kumpulan awal UKM yang diiktiraf cemerlang. Namanya tersenarai juga sebagai ahli bahasa dalam Direktori Persatuan Pengajian Melayu Malaysia dan Direktori Penulis Malaysia DBP.
Sejak awal tahun 2008, beliau menjadi Penyandang Pertama Kerusi Pengajian Melayu China yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan Universiti Penganjian Asing Beijing (Beijing Foreign Studies University), Republik Rakyat China.

Anugerah

Antara anugerah dan hadiah yang diperoleh oleh Dr. Awang termasuklah:
  • Hadiah Persuratan 10 Tahun UKM
  • Hadiah Penghargaan Dua Dekad UPM
  • Hadiah Bahasa PLM-Public Bank
  • Hadiah Tinta Kencana (Kategori Makalah Ilmiah) DBP
  • Anugerah Khidmat Cemerlang DBP

Pautan luar

Rujukan

  1. Tokoh Bahasa Dr Awang Sariyan Kini KP DBP

Wednesday, 29 February 2012

A. Samad Ismail

A. Samad Ismail – Tokoh Wartawan, Nasionalis, Bahasa dan Sastera Melayu

January 27, 2010
Oleh Anak Waris | Kategori Pejuang Bahasa, Sejarah, Tokoh


“Kita tidak boleh membincangkan masa depan bahasa Melayu tanpa membincangkan masa depan masyarakat Melayu. Bahasa Melayu ialah produk kehidupan orang Melayu. Sejarah bahasa Melayu ialah sejarah orang Melayu. Masa depan bahasa Melayu akan menjadi masa depan orang Melayu juga.” – demikian kata-kata Allahyarham A. Samad Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Samad.
Tan Sri A. Samad Ismail atau Pak Samad lebih dikenal sebagai tokoh wartawan, sasterawan dan nasionalis. Walaupun begitu Pak Samad sebenarnya turut dikenal sebagai pejuang bahasa dan sastera Melayu.
ps
Allahyarham A. Samad Ismail
Sejarah ringkas
Allahyarham Pak Samad dilahirkan pada 18 April 1924 di Singapura. Berikut adalah biodata ringkas beliau:-
  • Utusan Melayu. 1941 (16 tahun).
  • Pengarang, Berita Malai. 1944 (20 tahun).
  • Penolong Pengarang, Utusan Melayu. 1946.
  • Pengarang Pertama, Berita Harian. 1959.
  • Ahli panel Hadiah Karya Sastera. 1971.
  • Pengarang Urusan, kumpulan akhbar The New Straits Times (NST). 1974.
  • Penasihat Jabatan Pengarang, NST. 1984 – 1988.
  • Lain-lain: Pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) di Singapura dan Persatuan Penulis Nasional (Pena) di Kuala Lumpur.
Pak Samad pernah terlibat aktif dalam memberikan pandangan beliau tentang bahasa Melayu dalam Kogres Bahasa dan Persuratan Melayu di Universiti Malaya, Singapura sehingga tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Beliau juga menyokong penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mula dicetuskan pada tahun 1968.
“Mutiara tidak mungkin dapat dikaji tanpa merujuk kepada tiram yang menghasilkan mutiara, serta memahami penyakit tanpa mengetahui bakteria yang menjadi puncanya.” – tegas Pak Samad melalui akhbar The Singapore Standard pada 6 Mei 1953.
Kedudukan Bahasa Melayu
Pak Samad menyedari peri pentingnya bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia. Sejak awal lagi Pak Samad begitu mengutamakan bahasa Melayu dan ingin memastikan bahawa bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Pandangan beliau banyak dilontarkan melalui tulisan dan ceramah beliau di merata-rata tempat. Beliau telah memanfaatkan sebahagian daripada kehidupannya untuk memajukan dan memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat.
Dengan kedudukannya sebagai pengarang akhbar bahasa Melayu, beliau sentiasa menyemarakkan semangat dalam kalangan penulis, masyarakat dan pembaca agar mencintai dan memajukan bahasa Melayu ketika bahasa Melayu dipandang rendah dan akhbar Melayu tidak mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu sendiri.
Beliau mengkritik keras orang Melayu yang berpendapat bahawa bahasa Melayu tidak mampu mengungkapkan ilmu sainstifik dan pemikiran moden, maka bahasa Inggeris digunakan, dan bukannya bahasa Melayu. Golongan ini, menurut beliau tidak memahami hubungkait antara perkembangan sosial dengan perkembangan bahasa.
Hujah beliau, “kita perlu yakin bahawa bahasa Melayu dapat mencapai kedudukan mantap dan kekayaan kosa kata seiring dengan kemajuan masyarakat di Malaya”.
Kata beliau lagi, “suatu hari, bahasa Melayu akan menjadi wahana penting untuk memenuhi aspirasi politik, budaya, dan spirirual rakyat”.
Pak Samad tidak lokek dengan ilmu dan sentiasa berusaha untuk menambah ilmunya. Minat dan tabiat membaca yang mendalam beliau terpancar melalui koleksi buku beliau. Sesiapa sahaja yang pernah berkunjung ke rumah beliau di Petaling Jaya, sudah pasti akan terpesona dengan himpunan buku beliau yang dimiliki oleh beliau. Kecintaan terhadap buku menyebabkan beliau memberikan pesanan dan wasiat kepada anak-anak beliau agar buku-buku beliau dipelihara dan tidak dibawa keluar dari rumah apabila beliau sudah tiada.
Begitu juga dengan tabiat membaca. Pada saat-saat beliau tidak lagi begitu bertenaga untuk bergerak di luar rumah, membaca akhbar merupakan kewajipan beliau pada setiap hari. Boleh dikatakan hampir semua akhbar dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ada di atas katil beliau.
Anugerah Tokoh Wartawan Negara, melalui tugas dan sumbangan beliau sebagai pengarang pada zaman premerdeka dan pascamerdeka itu bukan sahaja telah banyak menentukan corak kewartawanan dunia persuratkhabaran di Malaysia, tetapi juga membantu memajukan dan mengembangkan bahasa Melayu.
Penulisan Sastera
Beliau menyedari hakikat bahawa salah satu langkah untuk memajukan bahasa Melayu adalah melalui penulisan sastera. Allahyarham Pak Samad menghasilkan 11 buah novel dan empat buku bimbingan penulis dan wartawan, antara tahun 1966 hingga tahun 1975. Namun, dalam berkarya, beliau paling profilik pada dekad 1960-an. Antara karya beliau termasuk:-
  • Kail Panjang Sejengkal (1963)
  • Patah Sayap Terbang Jua (1966)
  • Mengasah Bakat (1966)
  • Kursus Wartawan (1966)
  • Tembok Tidak Tinggi (1967)
  • Orang Jauh (1967)
  • Bimbingan Penulis (1967)
  • Menduga Lautan Dalam (1968)
  • Menimba Yang Jernih (1968)
  • Detik-detik Cemas (1969)
  • Orang Lama (1969)
  • Hussein Zet (1970)
  • Sutinah (1975)
  • Memoir A. Samad Ismail di Singapura (1993)
  • Hud (1995)
Antara antologi cerpen beliau termasuklah:-
  • Mekar dan Segar (1959)
  • Karangan Bunga Dari Selatan (1963)
Antara cerpen beliau pula termasuklah:-
  • Temasya Tinta (1967)
  • Mastura (1967)
Pada tahun 2005 pula, DBP telah menghimpunkan 20 buah cerpen beliau dalam antologi Edisi Pagi yang pernah disiarkan dalam pelbagai media seperti Semangat Asia, Mastika, Berita Minggu, Fajar Asia, Mastura, Temasha Tinta, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Cerpen beliau yang pertama adalah pada tahun 1944, dan cerpen beliau yang terakhir adalah pada tahun 1991.
Pemergian beliau pada usia 84 tahun pada 4 September 2008 meninggalkan legasi yang bukan kecil kepada dunia kewartawanan, kesusteraan dan kebahasaan.
“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meniggalkan nama.”
Sumbangan beliau dan jasa Allahyarham Pak Samad yang amat besar dalam dunia kebahasaan, kesusteraan, penulisan dan kewartawanan merupakan khazanan yang tidak ternilai kepada bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Sumber:- Dewan Bahasa, Oktober 2008 (Jeniri Amir)
Artikel sama yang berkaitan:
  1. Hamka – Tokoh Ulama, Politik dan Sasterawan Nusantara Hamka ialah seorang ulama dan intelektual muslim berasal dari Minangkabau, Indonesia yang pengaruhnya melampaui sempadan geografi Indonesia....
  2. Abdul Rahim Kajai – Bapa Kewartawanan Melayu Sebagai Bapa Kewartawanan Melayu, beliau menjadi mentor kepada wartawan Melayu sebelum perang. Beliau dikenang sebagai wartawan ulung,...
  3. Bicara Bahasa – Agenda Pemerkasaan Bahasa, Agenda Bersama Setelah 53 tahun negara kita merdeka, bahasa Melayu masih berhadapan dengan pelbagai cabarannya, antaranya cabaran daripada bahasa...
  4. Coret-Coret Pengarang – Nasib Buku Bahasa Melayu Semakin ilmiah buku yang diterbitkan dengan jumlah halaman yang lebih tebal, maka semakin sukarlah sesebuah buku yang...
  5. Kiyai Salleh – Tokoh Pejuang yang Menentang Komunis di Muar dan Batu Pahat, Johor Haji Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Panglima Salleh atau "Kiai Salleh" atau "Panglima Salleh Selempang Merah"...