Pages

Saturday 14 July 2012

TAJUK PEMBENTANGAN KBKK


KUMPULAN PEMBENTANGAN

Tajuk : Kemahiran Generik : Kemahiran Berfikir
Kod Kursus : BF2311D1
Unit : PPISMP Sem 2 (Bahasa Melayu)


Bil
Kump
Nama
Tajuk
1.
K 1
1.    _NOR SUZERA BTE ZAHARI
2.    _SITI NAZUHA BTE OMAR

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

·         Definisi
·         Ciri-ciri pemikiran kritis
·         Contoh Kemahiran Berfikir Secara Kritis
-       Membanding dan membeza
-       Menggklasifikasi / Mengkategori
-       Meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan

2.
K 2
1.    _NURUL ADHA BTE GHAZALI
2.    _NORHAFIZA BTE AHMAD



Kemahiran Berfikir Secara Kritis

·         Definisi
·         Ciri-ciri pemikiran kritis
·         Contoh Kemahiran Berfikir Secara Kritis
-       Menerangkan sebab
-       Menentukan sumber yang dipercayai

3.
K 3
1.    _NIK SHANIAMIZAH BINTI NIK SHAFIE
2.    _NORZAI SHAHIDA BINTI KAMARUDIN


Kemahiran Berfikir Secara Kritis

·         Definisi
·         Ciri-ciri pemikiran kritis
·         Contoh Kemahiran Berfikir Secara Kritis
-       Membuat ramalan
-       Mengusul periksa andaian
-       Membuat inferens
-       Membuar urutan
-       Membuat generalisasi
4.
K 4
1.    _YUSSALLINA BINTI YUSOF
2.    _NORHAIRIYATULHUDA BINTI MOHD ALI


Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

·         Definisi
·         Ciri-ciri pemikiran kreatif
·         Contoh Kemahiran Berfikir Secara Kreatif
-       Menjana idea
-       Mencipta analogi
-       Mencipta metafora

5.
K 5
1.    _SITI NOR AIN BINTI HASHIM
2.    _FADZILAH BINTI ABD WAHAB


Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

·         Unsur-unsur kreatif
·         Teknik mengembangkan idea
-       Membesarkan
-       Mengecilkan
-       Terbalikkan
-       Susun semula
-       Kombinasi
-       Gantikan
-       Ubahsuaikan
-       Penggunaan altenatif
-       Sesuaikan

6.
K 6
1.    _ ABD RAHIM B. MOHAMED SAID
2.    _ SHAIFUL RAFEUL B. SHAFFIE

Kemahiran Menyelesaikan Masalah

·         Definisi
·         Proses membuat keputusan
·         Aplikasi membuat keputusan

7.
K 7
1.    _NURUL SULIZA BINTI HASHIM
2.    _NOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD HUSSAIN

Pengurusan Grafik

·         Definisi
·         Tujuan-tujuan menggunakan pengurusan grafik
·         Jenis-jenis pengurusan grafik
8.
K 8
1.    _AMRIL ZALHA BIN RAMLI MOHD YUNOS
2.    _NURUL KAMILAH BINTI IDRIS

Peta Minda

·         Definisi
·         Ciri-ciri peta minda
·         Kegunaan pemetaan minda
9.
K 9
1.    _ROBBYATUL KHAZEELAH MOHAMED KHAIR
2.    _NORSAADAH BINTI LOKMAN


Soalan dan Penyoalan

·         Soalan berdasarkan kata tangya
·         Soalan bertumpu dan bercapah
·         Lingkaran soalan

10.
K 10
1.    _SYAMALAH GAYATHREE A/P VEERAN
2.    _POOVANESWARI A/P SINNASAMY


Alat-alat CoRT I
·         PIM (Plus, Minus, Interesting)
·         CAF (Consider All Factors)
·         C&S (Consequencen & Sequeis)
·         AGO (Aim, Goals, Objectives)
K11
1.    _VITHIYAH A/P MOHAN
2.    _KANAGA LETCHUMY A/P KRISHNAN

Alat-alat CoRT I
·         FIP ( Fisr, Important, Priorities)
·         APC (Alternatives, Possibilities & Choices)
·         OPV (Oter, People’s, View) Definisi

11.
K 12
1.    _SURIALIKU BINTI KAMARUDIN
2.    _FARHANA BINTI CHE JAAFAR @ MUSTAFA


Alat-alat CoRT IV

·         Ya, Tidak, Po (Yes, No, Po)
·         Input Rawak (Random Input)
·         Batu Loncatan (Stepping Stone)
·         Mencabar Konsep (Concep Challenge)
·         Mengasing Kelemahan (Remove Defect)

K13
1.    _PREMA LATHA A/P RAMASAMY
2.    _KAVITHA A/ P BALAKRISHNA

Alat-alat CoRT IV

·         Mentafsir Masalah (Define the Problem)
·         Keperluan (Requirements)
·         Penilaian (Evaluation)
·         Kombinasi (Combination)
·         Idea Dominan (Dominant Idea)

12.
K 14
1.    _DINESWARI A/P PERUMALY
2.    _TANALAKSHMI A/P SUKUMARAN

Refleksi dan metakognetif

·         Definisi
·         Peranan releksi dan metakognetif dalam pemikiran
·         Strategi untuk meningkatkan refleksi dan metakognetif

Wednesday 11 July 2012

SASTERA LISAN

  SASTERA LISAN (Rakyat)

 

 Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan.
Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan.

 Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar.

 Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok-tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat.

 Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil-hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis. Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis.
 Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan tertulis.
 Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri-ciri kelisannannya, malah mempunyai ciri-ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku-buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak.

 CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT

 1. Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah bahan kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri kelisanannya. Ada juga hasil yang masih lagi tersebar secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.

 2. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi.

 3. Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok-tambah tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa-apa yang dituturkan itu sudah menjadi satu versi yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patinya tetap kekal.

 4. Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur kesusasteraan juga bebas melakukan penambahan dan pengurangan atau melakukan penyesuaian jika mereka mahu. Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa penciptanya yang sebenar. 

 5. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam bentuk tokok-tambah oleh penutur dan pendukungnya, karya tersebut sudah menjadi milik bersama masyarakatnya. 

 6. Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik bersama masyarakat secara tidak langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakatnya. Penyataan tersebut mungkin dilahirkan secara terus terang atau secara tersirat.

 7. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan, penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa-apa yang dituturkan ketika berhadapan dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cukup sederhana dan seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar.

 8. Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, klasifikasi kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu.

 9. Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan tanggapan masyarakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat.

 10. Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu masyarakat.  

 FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT) 

1. Sebagai “Alat” Hiburan  

2. Sebagai “Alat” Mengajar dan Mendidik. 
  Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita-cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat bergunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak-anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita-cerita Binatang. 
Melalui cerita-cerita seperti “Si Tanggang” anak-anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita-cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 

3. Sebagai “Alat” Mengkritik. 
Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita-cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri. 

4. Sebagai “Alat” Perhubungan atau Komunikasi.
 Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan. 

5. Sebagai kata “Adat, Peraturan dan Pantang larang”. 
Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang-undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata-kata tersebut menjadi “pantang larang” dalam masyarakat.   

JENIS SASTERA LISAN (RAKYAT)

 Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk: 
a.      Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif)
b.     Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif) 

a)     Sastera lisan berbentuk cerita (naratif)  
 Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia terdiri daripada cerita-cerita seperti berikut; 
          I.      Cerita Lipur Lara (panglipur lara)
      II.      Cerita Jenaka
 III.      Cerita Binatang
     IV.      Cerita Asal usul
         V.      Cerita Hantu
     VI.      Cerita Teladan 

       Termasuk dalam penggolongan berbentuk cerita ialah cerita-cerita mitos dan legenda.  

b)  Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan  
     Naratif) 

   Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya; 
          I.      Pantun
      II.      Gurindam
 III.      Seloka
     IV.      Teka-teki dan Nyanyian Rakyat
         V.      Jampi, Mantera dan Serapah
     VI.      Pepatah dan Perbilangan Adat
VII.      Ungkapan Berangkap
VIII.      Peribahasa, Bidalan dan sebagainya.
Cerita Lipur Lara                  Pantun
Cerita Jenaka                       Gurindam
Cerita Binatang                    Seloka
Cerita Asal usul                    Teka-teki
Cerita Hantu                         Nyanyian rakyat
Cerita Teladan                      Mentera, jampi dan serapah
                                            Peribahasa
                                             Bahasa beirama 
Contoh: 
Jenis
Pengertian
Karya dan Contoh
Cerita Binatang
Dikenali juga sebagai cerita mergastua. Cerita yang mengambil binatang sebagai pelaku. Binatang diberikan sifat manusia biasa, boleh bertindak, bertutur, bertingkah laku dan hidup bermasyarakat.
Fungsi berhibur kerana mempunyai unsur-unsur lucu, pengajaran dankritikan sosial. Cerita terkenal ialah jenis ‘epik binatang’ iaitu Hikayat Sang Kancil. Mempunyai peranan tertentu dalam cerita binatang Melayu.
    
    Contohnya Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak, kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan buaya. Kepintaran sang kancil dapat juga dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan tolong-menolong antara satu sama lain. 

PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG:- 

Terdapat tiga peranan yang penting Sang Kancil di dalam cerita Binatang: 

a.    Sang Kancil mengalahkan binatang yang besar:
1.       Sang Kancil membuat tipu-helah untuk melepaskan dirinya dari 
     harimau.
2.     Sang Kancil melepaskan kaki kerbau yang digigit buaya dengan
     mengatakan yang digigitnya ialah kayu.  
3.     Sang Kancil menipu buaya untuk menyeberang sungai.
4.     Sang Kancil menipu harimau menyuruh memakai tali pinggang Nabi Sulaiman. Sebenarnya ialah ular.
5.     Sang Kancil menipu harimau dengan menyuruh meniup buluh perindu Nabi Sulaiman. Akhirnya lidah harimau tersepit dicelah batang-batang buluh yang bergeser.
6.     Sang Kancil dengan buaya.
7.     Sang Kancil dengan anjing, sang Kancil kena jerat oleh manusia dan menyatakan kepada anjing tidak hendak kahwin dengan anak gadisnya.
8.     Sang Kancil menipu harimau dengan mengatakan tahi kerbau adalah santapan Raja Nabi Sulaiman.
9.     Sang Kancil menipu harimau menyuruh harimau memukul sarang tebuan. Sarang tebuan itu ialah gong Nabi Sulaiman. 
     Ini menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan otaknya untuk melepaskan diri dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan kiasan kepada rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat sesuatu.  
     Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan binatang besar. Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika dibandingkan manusia. 

b.    Sang Kancil memainkan peranan sebagai hakim:
1.       Sang Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang saudagar dengan bapa kanak-kanak. Perbalahan ini berpunca dari kanak-kanak yang menjadi sihat kerana tercium masakan si kaya.
2.     Sang Kancil telah mendamaikan pergaduhan antara kambing dengan harimau.
3.     Sang Kancil telah menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung. Dikatakan beliung habis dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu. Bila Nabi Sulaiman bertanya kenapa begini, ia mengatakan sewaktu hendak mandi sungai terbakar. Dengan itu badannya penuh abu. Nabi Sulaiman tidak percaya kata-kata si peminjam yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk.
4.     Sang Kancil telah mendamaikan raja kera dengan raja gajah yang merebut kuasa.
5.     sang kancil dapat menyelesaikan persengketaan dikalangan rakyat. 
     Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan perbuatan binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar akan kelemahan yang sebenarnya. Mengapa pula binatang yang kecil dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia adalah kejadian yang paling istimewa daripada yang lain. 

c.     Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil:
1.       Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.
2.     Sang Kancil dikalahkan oleh agas.
3.     Sang Kancil dengan bangau. 
     Ini adalah pengajaran moral kepada masyarakat. Seseorang itu walaupun mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong, lupa daratan, seperti pepatah ‘Sepandai-pandai tupai melompat akhirnyajatuh jua’. Ini merupakan kritikan, sindiran dan berupa kiasan kepada Kancil kepada mereka yang kaya dan tinggi diri. Ada masanya sesekali akan tertipu juga. 

                                                  Di Hasilkan Oleh:
                                                  HAJI MOHD EMBREY BIN HAJI MAHMUD

http://smsotutong.tripod.com/sastera_melayu/id3.html