Satu Kejohanan Ping Pong Terbuka Peringkat IPG akan diadakan tidak lama lagi. Butir-butir perlawanan adalah seperti berikut:-
Tarikh : 27 Mac 2012
Hari : Isnin
Masa : 2.00 ptg
Tempat : Gymnazium IPG
Thursday, 22 March 2012
Wednesday, 7 March 2012
Bunyi Vokal
Bunyi Vokal
Bunyi vokal
terhasil apabila udara keluar daripada rongga
mulut tidak
mengalami sekatan atau himpitan.
Bunyi vokal
juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah,
keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:
Saturday, 3 March 2012
AWANG SARIYAN
Awang Sariyan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Beliau kini merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka mulai 1 Januari 2012 mengantikan Datuk Termuzi Abdul Aziz. [1] Dr. Awang telah dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura sejak 1992. Beliau menjadi Profesor di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Sebelumnya beliau ialah Profesor Linguistik dan Perancangan Bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (2004-2006)dan Pengarah Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (1999-2004).
Isi kandungan[sorokkan] |
Biografi ringkas
Dilahirkan di Kampung Rambah dan dibesarkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor, Awang memperoleh ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977. Ia beralih daripada bidang perguruan apabila dilantik menjadi Editor dan kemudian Ketua Editor di Far Eastern Publishers International pada tahun 1977. Pada tahun 1978, beliau bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai editor Jurnal Dewan Bahasa dan kemudiannya dinaikkan pangkat sehingga Pegawai Penyelidik Kanan (Bahasa). Dalam tempoh 1986-1988 ia dipinjamkan ke Universiti Pertanian Malaysia sebagai pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan dan kemudian kembali ke DBP sebelum dilantik oleh Kementerian Pendidikan sebagai pensyarah dan kemudian Penolong Profesor Pusat Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (1988-1997).Awang juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Jabatan Pengajian Melayu, dan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dari 1978 hingga 2004, di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1977 hingga 1990-an, di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pada tahun 1984, beliau memperoleh ijazah Sarjana Sastera dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan kemudian memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah pendidikan bahasa dari universiti yang sama. Ia pernah juga berkhidmat di Universiti Brunei Darussalam selama setahun.Prof. Dr. Awang menyandang berbagai-bagai jawatan, termasuk:
- guru bahasa Melayu dan Kertas Am, Edtor, dan kemudian Ketua Editor di FEP International;
- Pegawai Penyelidik Bahasa merangkap Editor Jurnal Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan kemdian Pegawai Penyelidik Kanan Bahasa
- pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia);
- pensyarah dan Penolong Profesor di Jabatan Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- pensyarah kanan di Institut Pendidikan Sultan Hasanal BolkiahUniversiti Brunei Darussalam; dan
- Profesor Madya di Fakulti Bahasa dan Kesusasteraan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Karya Awang meliputi puluhan buku ilmiah, buku umum, buku teks dan kamus, ratusan rencana ilmiah dan umum dalam pelbagai jurnal, majalah dan akhbar, serta melebihi 200 kertas kerja seminar di dalam dan di luar negara, antaranya Australia, Belanda, Brunei, Jerman, Kemboja, Korea, Perancis, Republik Rakyat China, Indonesia, Singapura, Sri Lanka dan Thailand. Sebahagian kertas kerja itu merupakan ucap utama, kertas kerja utama, syarahan dan kertas dasar.
Antara buku beliau:
- Kesantunan Bahasa (Beijing Foreign Studies University, 2009)
- Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku (PLM, 2009)
- Falsafah dan Logika Melayu (Synergymate, 2007)
- Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik (Sasbadi, 200D7)
- Santun Berbahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007)
- Tertib Mengarang (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007)
- Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006)
- Tuntunan Bahasa (Pearson, 2006)
- Ujana Minda, Jilid 1 dan II (editor) (Sasbadi, 2006)
- Ceritera Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005)
- Suara Pejuang Bahasa, editor bersama (Persatuan Linguistik Malaysa dan Dawama, 2005)
- Hakikat Bahasa dan Realisasinya dalam Pembinaan Tamadun Bangsa (Persatuan Linguistik Malaysia, 2005)
- Konsep Kesalahan Bahasa (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003)
- Kesinambungan Bahasa dalam Sastera Melayu (Fajar Bakti, 1986)
- Isu-isu Bahasa Malaysia (Fajar Bakti, 1985) - Pemenang Hadiah Bahasa PLM-Public Bank 1985
- Kunci Bahasa Malaysia (Sasbadi, 1985)
- Bahasa Malaysia Tingkatan 3 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990)
- Bahasa Malaysia Progresif Tingkatan 2 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988)
- Bahasa Malaysia Progresif Tingkatan 2 (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988)
- Sejarah Malaysia Tingkatan 1 (Analekta, 1978)
- Sejarah Malaysia Tingkatan 2 (Analekta, 1979)
- Sejarah Malaysia Tingkatan 3 (Analekta, 1980)
- Tatarakyat Tingkatan 4 (Analekta, 1979)
- Tatarakyat Tingkatan 5(Analekta, 1980)
- Kamus Bahasa Melayu KBSR (Fajar Bakti (1988, 1990)
- Kamus Bahasa Malaysia, bersama Lutfi Abas (Pustaka Delta, 1987)
- Belasan buku kecil/booklet dalam Siri Khazanah Bahasa (1980-an dan 1990-an)
- Puluhan buku bimbingan peperiskaan Bahasa Melayu
Pencapaian di peringkat negara
Di peringkat negara, Dr. Awang menjadi:- anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, iaitu badan tertinggi bahasa yang dilantik oleh Menteri Pendidikan
- anggota Jawatankuasa Bahasa Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
- perunding di beberapa bahagian dalam Kementerian Pelajaran dan kementerian-kementerian yang lain, Dewan Bahasa dan Pustaka serta firma penerbitan;
- pemeriksa luar tesis pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsaafah beberapa buah universiti seperti UKM, UM, UPSI, USM,UPM);
- editor perunding Jurnal Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka;
- hakim pelbagai pertandingan penulisan dan pengucapan awam; dan
- penatar bahasa dan penulisan di pelbagai jabatan kerajaan, firma swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
- penyampai syarahan perdana, ucap utama, kertas kerja utama, kertas dasar dan kertas kerja pelbagai persidangan dan seminar tentang bahasa, pendidikan, falsafah dan isu sosiobudaya.
- diiktiraf sebagai seorang daripada 100 orang siswazah UKM yang cemerlang sempena Perayaan 35 tahun UKM (2006)dan biodatanya diterbitkan dalam buku "Pengiktirafan Kecemerlangan/A Tribute to Excellence)yang dilancrkan oleh Canselor UKM, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
- dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Bahasa oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris mulai Jun 2009)
Pencapaian di peringkat antarabangsa
Di peringkat serantau dan antarabangsa, Dr. Awang menjadi:- wakil negara dalam Majlis Bahasa Brunei Darussalam–Indonesia–Malaysia (MABBIM), dan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM);
- anggota Jawatankuasa Eksekutif MABM; dan
- Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kegiatan MABM.
- Profesor Tamu Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Franfkurt, Jerman (2006 dan 2007).
- Profesor Tamu Pusat Pascasiswazah Jurusan Linguistik,Universiti Sumatera Utara, Medan, Indonesia (2006 dan 2007)
- Penatar Kursus Sebutan Baku dan Tatabahasa kepada guru Bahasa Melayu Singapura (1992-2004)
- Penyelenggara bersama beberapa program ilmiah bahasa dan persuratan Melayu seperti persidangan dan seminar (termasuk di Australia, di Belanda, di Jerman, di Perancis, di Korea, di Indonesia, di Thailand, di Kemboja, di Sri Lanka dan di Republik Rakyat China)
- Pembentang kertas kerja utama, kertas kerja, syarahan dan panelis dalam seminar dan persidangan antarabangsa tentang bahasa dan pendidikan (yang diadakan di Australia,di Belanda, di Brunei Darussalam, di Indonesia, di Jerman, di Kemboja, di Korea, di Perancis, di Republik Rakyat China, di Singapura, di Sri Lanka, di Thailand)
- Editor Perunding dan Penjulis Residen Jurnal Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam.
- Pemeriksa Luar Tesis Pascasiswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) National University of Singapore dan Nanyang Technological University of Singapore.
- Menggerakkan program Kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Deakin University, Australia di Universiti Putra Malaysia (2005 dan 2006)
Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP), Ensiklopedia Malaysiana, Ensiklopedia Wikipedia telah memasukkan biografi beliau sebagai ahli bahasa. Buku Penghargaan Kecemerlangan (A Tribute to Excellence) 35 Tahun UKM memasukkan biografi beliau sebagai salah seorang bekas pelajar kumpulan awal UKM yang diiktiraf cemerlang. Namanya tersenarai juga sebagai ahli bahasa dalam Direktori Persatuan Pengajian Melayu Malaysia dan Direktori Penulis Malaysia DBP.
Sejak awal tahun 2008, beliau menjadi Penyandang Pertama Kerusi Pengajian Melayu China yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan Universiti Penganjian Asing Beijing (Beijing Foreign Studies University), Republik Rakyat China.
Anugerah
Antara anugerah dan hadiah yang diperoleh oleh Dr. Awang termasuklah:- Hadiah Persuratan 10 Tahun UKM
- Hadiah Penghargaan Dua Dekad UPM
- Hadiah Bahasa PLM-Public Bank
- Hadiah Tinta Kencana (Kategori Makalah Ilmiah) DBP
- Anugerah Khidmat Cemerlang DBP
Pautan luar
Rujukan
Thursday, 1 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)